“Aisy!” panggil satu suara yang sangat dikenali Aisy.
Aisy dan Yaya menoleh ke arah belakang mereka. Kelihatan Aaron sedang tersengih sambil berlari-lari anak ke arah mereka.
“Aisy, aku cau dulu tau. Aku dah lambat ni. Nanti aku cakap lah dekat cikgu, kau ada hal yang tak boleh dielakkan. Walaupun sebenarnya kau boleh lari dari hal tu.” Aisy dan Yaya tersengih seperti kerang busuk.
“ Kay. Jumpa kau dekat library nanti.” Yaya melambai lalu berjalan menuju ke pusat sumber sekolah, meninggalkan Aisy.
“ Jom gi kantin. Kita bincang apa kau nak cakap dekat sana.” Ajak Aisy setelah Aaron berada di sisinya lalu bergerak ke kantin. Aaron membuntuti Aisy ke kantin.
Aaron tahu semua pasang mata akan memandang mereka sekiranya dia berjalan beriringan dengan Aisy. Mana tidaknya, pelajar lelaki paling popular di sekolah berjalan beriringan dengan pelajar perempuan paling ganas.
“ Apa yang kau nak cakap sampai tak boleh nak tunggu masa rehat nanti?” tanya Aisy sebaik sahaja duduk di bangku kantin berhadapan dengan Aaron.
“Tak ada apa-apa yang penting pun. Saja je, nak ajak kau borak.” Kata Aaron dengan muka selamba.
“What?! Kau biar betul. Kau jangan main-main. Hish!! Kalau aku tadi, baik aku pergi library! Tak payah Yaya nak cover untuk aku!! Eee.... kau tau tak, aku teringin sangat nak tumbuk kau sekarang ni!” Aisy menggenggam penumbuk. Aaron hanya ketawa mendengar kata-kata Aisy.
“Apa yang lawak sangat? Kau memang nak rasa penumbuk aku, eh?” Aisy geram melihat Aaron menggelakkan dia.
“Wow! Relaks lah, kawan. Aku main-main je.” Ketawa Aaron masih bersisa.
“Nasib baik kau main-main. Kalau tak, melayang penumbuk aku dekat muka kau sat gi.” Aisy sudah bertenang. Aaron hanya tersengih.
“Kau AJK majalah sekolahkan?” Aisy menganggukkan kepala tanpa bersuara.
“Tolong bagi tau semua AJK, lepas sekolah nanti ada perjumpaan.” Pinta Aaron.
“Ouh. Tu je?”
“Hmm..”
“Okay. No prob, my friend.” Kata Aisy sambil membuat signal ‘thumbs up’.
“Okay. Thanks. Bye. Aku ada benda lain nak kena buat.” Kata Aaron lalu bangun diikuti dengan Aisy.
“ Baguslah. Aku pon nak gi library ni. Bye.” Aisy melangkah ke arah bertentangan daripada Aaron.
<><><><><><><><>